Mar 19, 2010

menanggung kesalahan orang lama

jalan raya di KL ni selalu sesak, lagi-lagi time pagi dengan petang..
kejadian ni berlaku tiap-tiap hari, sampaikan aku dah rasa jemu duduk KL.
sekarang hal kesesakan time puncak ni dah jadi hal serius.

KENAPA SEMUA INI TERJADI?
KENAPA NEGARA-NEGARA LAIN TIADA MASALAH SESERIUS NI?
KENAPA MALAYSIA?
KENAPA KL?

nak tau kenapa?
sebab orang-orang zaman dulu tak pikirkan masa depan
mereka hanya pikirkan kehidupan untuk jangka masa 5 tahun sahaja

bila tahun berganti tahun..
umat manusia dekat KL semakin banyak..
makin banyak orang senang..
sekarang ni orang taraf hidup rendah pun ada kereta satria neo..
kadang-kadang 1 unit rumah ada 2, 3 biji kereta..
anak 1 kereta, nenek 1 kereta, bapak 1 kereta, emak 2 kereta

orang pada masa dulu tak ambil kisah pun hal-hal yang bakal timbul ni
entah-entah tak pernah terpikir pun..

kalau kita tengok negara jepun, amerika, jerman, britain, belanda
sistem lalu lintas mereka amat sistematik

sekarang baru kita sedar yang jalan di negara kita ni kebanyakannya bertembung dan bersilang
maksudnya kereta akan berpusu-pusu jika sampai ke bahagian bertembung
jumlah kereta telah bertambah dengan 'super duper' nya

ditambah lagi dengan cuaca di malaysia yang panas, kesesakan teruk bagaikan neraka sementara bagi pemandu, tambah teruk lagi bila rakyat malaysia ni terkenal dengan sifat panas baran, lagi la menjadi-jadi time sesak tu

sekarang ni kalau kita dapat tengok di KL ada sebahagian jalan yang telah diubah bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas ini

aku bercerita ni sebab tengah hari tadi aku nak balik nak solat jumaat,
aku naik kereta lalu jalan puchong, aku masuk pukul 12, 12.30 baru dapat keluar jalan puchong..
lenguh lutut ni..dah la kereta manual

aku rasa nak pindah duduk ipoh la lepas ni



1 comments:

Unknown said...

pasni pindah ipoh jerk..
sonang~

Post a Comment