Jan 9, 2010

menderhaka kepada ibu bapa

assalamualaikum w.b.t

dah berapa hari dah tak update blog disebabkan
balik kampung atas hal-hal tanah

aku tertarik nak cerita tentang apa yang pak long aku cerita
dekat kami 1 famili kelmarin

cerita ni ada kena mengena dengan masa silam
tapi kesan dari masa silam tu dibawa sampai ke hari ni..

pak long mula dengan masa dia jumpa dengan kawan lama pak long, pakcik dolah

pakcik dolah : apa nak jadi dengan anak-anak aku ni..kurang ajar! diajuknya cakap-cakap aku!
pak long : alah, kau pun masa kecik macam tu jugak! ingat lagi tak kau baling bapak kau dengan lumpur dulu? bapak kau siap pegang rotan lagi nak sebat kau

tambah pak long lagi,

'bila lah engkau nak mampus..dah tua-tua, tapi xreti nak mampus!,
hidup pun menyusahkan orang!'


itu yang ayat pak long aku sempat rakamkan didalam akal fikirannya
sampai sekarang..


itu la ayat pak dolah ketika memaki hamun ayah kandungnya sendiri satu masa dulu..

sekarang baru lah pak dolah terasa balasan dari apa yang dia pernah buat dulu
bila anak-anaknya buat sama macam apa yang pernah dia buat dulu..


'abdullah..abdullah'


'pak dolah..pak dolah'


perkataan-perkataan yang boleh menghancurkan hati seorang bapa..
nama 'abah, ayah' yang diharap-harap dipanggil oleh seorang anak
diganti dengan nama sendiri..


tapi ini lah harga yang dia terpaksa terima disebabkan oleh
apa yang dia buat satu ketika dulu..


Allah boleh membalas apa jua yang kita buat..
Allah maha adil


kita perlu ingat,
tidak semua pembalasan kita perlu tunggu hari kiamat,
Allah boleh balas di masa kita berada di dunia ini juga,
bila-bila masa

berbuat baik lah dengan ibu bapa kita..
sesungguhnya ia tidak merugikan

kekasih hati patah tumbuh, hilang berganti..
tapi
ibu bapa ada satu sahaja di dunia

hilang mereka tiada gantinya


*cerita yang aku ceritakan adalah kisah benar, semoga kita semua boleh mengambil iktibar dari apa yang terjadi



3 comments:

Cahaya Yang Riang Gembira said...

Hmmmm.. Mnginsafkan.. Teringat iklan TV yg makan pkai pinggan mangkuk plastik tu..

Ain N Ishak said...

wah. cite pak cik dollah pun masuk blog.

FyZa said...

sadisnya...

Post a Comment